Tuesday, December 8, 2009

kesal

Posted by naemahnajib at 9:05 AM 0 comments
bukan nak ungkit dgn perkara yg dh berlalu
tapi mohon untuk kenang balik apa yg dh dilakukan
11 tahun yg lepas tiba ja hr khamis akan sampai
bersama ngn pakaian yg selama seminggu xbasuh
mmg penat tp tanggungjawab perlu dilaksanakan
wlupn 3hr tp aku seronok sbb berteman
tp hari sabtu kembali semula
benda yg sama berulang sehingga aku sambung belajar
masa 2 sedih yg teramat sapa plk yg akan akan lakukan apa yg aku lakukan
aku tahu tekanan yg dialami mereka hebat sangat
xmacam aku ngn yg lain
tapi sepatutnya apa yg jadi boleh dijadikan iktibar
pengalaman yg boleh mematangkan diri
yang boleh menjadikan diri agar menjadi insan yang berguna
tapi itu semua tidak dimanfaatkan
kesal yang teramat segala kata yang dilafazkan
hanya merobek hati insan2 yg menatang mereka melebihi segalanya
segala kemahuan dituruti
kata2 yang kurang menyenangkan
apatah lagi teguran yang dilafazkan untuk kebaikan
hanya akan mendapat reaksi yang negatif yang mampu membuat kita menangis
segala pengorbanan yang dilakukan
hanya sikap yang tidak menyenangkan yang diterima
tidak ada lagi hormat
mereka mampu hidup sendiri
tidak mahu gangguan dari orang lain
kami hanya diperlukan bila perlu saja
mungkin inilah yang mereka mahukan
hidup tanpa kongkongan
mahu kebebasan
tanpa berfikir halatuju
yang sepatutnya
tapi ingatlah kebebasan
keseronokan bukanlah selamanya
Allah akan tarik bl2 masa yang Dia mahu
masa yang diberiNya gunalah sebaiknya
cubalah belajar agar dapat menerima teguran
aku tidak mahu apa2 cuma
hormatilah yang lain
yang dulunya melepaskan segalanya untuk 'anak2nya' ini
janganlah perlakukan sedemikian rupa
jangan biarkan mereka menangisi
disebabkan terkilan
hargailah mereka ini yang selama ini menggalas tanggungjawab
mak dan ayah

Thursday, September 17, 2009

S A L A M A I D I L F I T R I

Posted by naemahnajib at 1:46 PM 2 comments
Assalamualaikum
aisya
orang ni xbyk gambar dia

dinie posing ala paksu nazrin dia


Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW para sahabat dan keluarga Baginda SAW


Semakin hampir Syawal bakal menjelma...kat sini kami (Hazinaemah Binti Haji Ahmad,bersama suami yang tersayang Mohd Najib Bin Ismail serta anak2 NurAisya Binti Mohd Najib , NurDinie Binti Mohd Najib ) nak amik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Hj Talib, rakan2 dan semua umat Islam, Maaf Zahir dan Batin...
------
----
---
--
-
Mudahan ini bukanlah Ramadhan yg terakhir yg akan kita kecapi....
-----
-----
----
---
--
-

Kalau ada yang tersinggung dengan sikap yg kurang menyenangkan pohon beribu kemaafan...

Tuesday, September 15, 2009

Muka depan Metro

Posted by naemahnajib at 9:43 AM 5 comments

Assalamualaikum semua...


P
agi ni sementara tunggu kedai melayu yg menjual barang2 kek buka.kemaqin mai pkl 9 dah buka...tp pg ni mai pkl 10 br buka..time buka pn berubah2 meniaga apa..pg2 dah kurang pahala aku dok merungut psl manusia ni...klu cina bln2 posa ni pkl 8 dah buka..2 yg kedai depa ramai..time ni la nak cari duit lbh..ishhh melalut la plk...asal nak citer psl lain..


sambil dk tgu aku beli metro...hampir menitis air mata aku bl tgk muka dpn ...

RAUNGAN PILU LELAKI MENJERIT KAKI HANCUR DIGILIS LORI

pemuda di atas yg bernama Arief,30 tak sedaq kaki dia hancur..masa dia bgn br dia perasan...masa 2 dia meraung sehinggakan suasana kat situ bertukar hiba...bayangkan klu kita yg ada kat situ...apatah lg mengenangkan raya lagi beberapa hari lagi...



sapa yg belum ada metro masuk http://www.hmetro.com.my ....aku berjaya mencopy gambar dr web dia...aku berjaya yea....

So..kita sentiasa la memohon keampunan kepadaNya dan minta Allah sentiasa melindungi kita dr segala bencana...Dan berhati-hati...dan berdoa...kadang2 kita cermat mcmana pn org lain yg mai hentam...


Saturday, September 12, 2009

alahai celcombat...

Posted by naemahnajib at 10:04 PM 2 comments
hari ni mmg tahap kesabaran makin menurun...hanya disebabkan celcom broadband yg senantiasa menunjukkan kehebatan yg amat tip top mat top blablablabla...tension yg amat
..tp kualiti mmg down...aku xtau la mcmana depa punya servis...line ada cntik pnya..tinggi yg amat dia punya coverege...tp error (300x)...betul kata tasya bkn broadband tp berukband so....pikir sendiri la...

p/s: mmg hot giler even ms nak publish entry ni amik ms about 10min...xgiler ke 2...

Thursday, September 10, 2009

IHYA NUR RAMADHAN

Posted by naemahnajib at 11:43 AM 3 comments

solat berjemaah

klinda ni mmg dasyat...org lain dh get ready nk solat tp dia dk mkn lg

pendaftaran


barisan anak yatim
anak yatim yg termuda yg menerima sumbangan

oku jg terima sumbangan

smpat posing



org kuat ESQ Wilayah Utara...dia ni mmg zero hbs..
En Fariz







Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW , para sahabat Nabi serta keluarga Nabi.

6 Sept yg lpas ada satu majlis berbuka puasa di Dewan Millenium anjuran ESQ Wilayah Utara.So dr 11pg dah ada kat sana untuk membuat persiapan..Sebelum berbuka ada sumbangan untuk anak2 yatim..hasil kutipan dari semir kasut sepanjang training sebelum ni..turut hadir mantan Mufti Kedah,Mufti Penang,Dato' Helmi,serta isteri masing2,

Selepas berbuka,kami semua solat berjemaah Maghrib,Isyak dan Tarawih..Imam yg hadir adalah jemputan dr Acheh..Alhamdulillah...walaupn penat dr pagi bertungkus lumus..tp masih ada tenaga untuk berjemaah bersama.Dah habis tarawih smbung plk ngn Renungan dari Pak Andy...sentiasa mmberi peringatan..

Selesai pn dah jam 11.30mlm...call rmh tanya psl dinie,dia xtidoq lg...sbb xbw dia ...klu bw silap hb balik mcm 2 ja..cuma aisya ja yg ikut..Dinie xtidoq lg so ajak najib blk amik dia sbb mlm 2 menginap di sana..Jam 4 pg ada Qiamullail lg...xmau la tgl bkn senang dapat peluang mcm ni...

Dah sampai rumah..Dinie dah tidoq ngn waridah...so patah balik ke dewan...nk angkat pn kesian plk..

Aku bersyukur sgt sbb masih di beri peluang olehNya ...Last aku berqiamullail berjemaah masa sekolah menengah...13tahun berlalu mcm 2 ja..selesai ja kami bersahur bersama...dan solat subuh,Kuliah subuh pg 2 menutup majlis tersebut...Penceramah Kuliah Subuh pg 2 ,Mufti Penang..

Fakta...majlis 2 dihadiri 700++ di kalangan Almuni ESQ dan juga jemputan...dr Ipoh pn ada yang turut serta...Dan turut serta di kalangan keluarga hj talib,keluarga a.sham,makchaq,pie,abg amet,aizat,kliza sekeluarga....Mudahan Allah memberi peluang untuk aku lebih dekat denganNya...InsyaAllah..

Friday, August 7, 2009

holiday lama punya citer

Posted by naemahnajib at 1:18 PM 2 comments
Assalamualaikum..

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW,para sahabat Nabi serta keluarga Nabi.

Bulan April 2009 yg lps ...dah 4 bln dah tpi la baru menjengah ke dlm blog ni...hehehe..al maklumlah kononnya terlalu sibuk..mmg sibuk sgt pn..bl xbrapa sibuk kalut ngn benda apa pun xtaula...tapi itulah kenyataannya...family aku,family kliza,family klinda,shimah,zawari serta adik2 p bukit merah..dah dpt kupon murah sumbangn anak menakan mak Dah(hehehe...lekat jgk nama mak muda aku) masa aku jmpa dia kat hospital tgk nazrin n nasri ..so lps nazrin sembuh kami berangkat la ke sana...so kita tgk gambar je la..












borak mcm xjmpa setahun










aisya,madeena n auntie liza


posing sakan


kecik2 mcm ni bl bergambar mcm2 gaya




shimah n waridah


dini,aisya,syazana n ana..


pengemudi termuda di dunia


saya juara yeahhhh...



sekian saja cerita bergambar kita pada hari ni...
jumpa di lain hari lain masa...


Friday, July 10, 2009

belajaq bahasa

Posted by naemahnajib at 12:31 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga Nabi dan Para Sahabat Nabi Muhammad SAW

Pagi tadi masa otw mai kilang..kat lunas aku nmpak ada sorang apek tua dk angkat basikal..mgkn jatuh kot...
najib kata kat aku kalau cara dia angkat basikal 2 mcm dia TUNTUN ja basikal 2...lps 2 dia sendiri jgk yang sebut mai mana perkataan tuntun ni...pikiq jgk mai mana..tapi dah dr kecik dk sebut perkataan 2 ja...ikut ja la..

tapi perkataan ni sesuai untuk basikal ja..lagi satu carry ....bila kita sebut 2 perkataan ni mesti refer utk basikal...

so klu sapa2 yg tau asal usul perkataan tuntun tlg bgtau...



Saturday, July 4, 2009

Nur Dinie....2 tahun

Posted by naemahnajib at 10:58 PM 0 comments














Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hari ni 4 Julai 2009,umur Nur Dinie ...anak mama yang bongsu ni dah makin besar..dah 2 tahun sayang...Selamat Hari Lahir Sayang..Mama minta maaf tidak ada sambutan untuk Dinie tapi jangan risau mama tetap ingat...dan mama sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memelihara anak2 mama ni xkira di mana anak2 mama berada walaupun dah membesar dan berkerjaya dan dah berumahtangga...Jadilah anak yang baik...anak yang solehah...sentiasalah seimbangkan hal di dunia ni dengan di akhirat...Mama takut sangat pikir bila mama dah xdak nti macamana ngn anak2 mama ni...Mama harap sebelum mama tutup mata nnti mama nak tgk anak mama berjaya dan yang paling penting beramal soleh padaNya..Anak mama kena kuat untuk menghadapi segala dugaan yang Allah dah tetapkan untu kita...Jangan risau sesungguhnya Allah menduga mengikut kemampuan kita cuma perlu kuat dan sentiasa bertawakal dan berusaha ya sayang...

Mama ngn ayah sentiasa sayangkan kakak ngn adik...Kasih sayang kami tidak berbelah bahagi...mama ngn ayah marah sbb kami sayang bukan sbb benci tapi kerana sayang....mama ngn ayah xmahu kakak ngn adik terus berbuat salah...kami sentiasa mencuba yang terbaik untuk mendidik kakak ngn adik...Jangan bergaduh...Cubalah menerima teguran yang membina untuk masa hadapan..Saling tegur menegur..Jangan biarkan apabila salah seorang membuat salah...

Syukur yang tak terhingga kepadaNya kerana memberi 2 org cahayamata yang mama rasa tidak kurang hebatnya apabila menangis betul dak??Mama minta maaf jika dalam didikan mama ada tersilap...Mama cuma manusia biasa yang cuba yang terbaik untuk anak2 mama..tapi hanya Allah yang menentukan...tapi usaha mama untuk jadikan anak2 mama berjaya xakan berhenti selagi mama ada...Insyaallah...Doakan untuk mama....


(Catatan ni dr 4 hb lg...tp hr ni br siap...kalut smpai pjg ni ja amik ms 2 hr..)

Wednesday, May 20, 2009

senjata yang merbahaya

Posted by naemahnajib at 10:37 PM 0 comments
Assalamualaikum....

Salam semua..

berjumpa lagi kita...hari ni ada sedikit yang nak dikongsi semua..sekarang macam2 hal yang berlaku....pelbagai masalah n gejala yang berlaku...begitu dahsyat...perkara yang haram dibuat seolah2 halal...Rasa takut jgk bila baca paper hari2...benda yang jadi kadang2 kita xduga sama sekali akan berlaku...Ada plk anak pompuan...lagi la risau...rasa macam kena pantau sgt2 pergerakan anak2....tapi takut dikatakan kongkong anak...Itulah yang dirisaukan bila hidup di akhir zaman....Segalanya dah berubah...dari pendidikan..pergaulan sosial....karakter peribadi seseorang manusia....ataupun yang lebih patut disebut hamba Allah yang hanya menumpang di bumiNya....Tapi kita ni ramai yang lupa diri...

Bukannya nak tunjuk alim...DEMI ALLAH...x rasa lgsg diri ni perfect sampai la dan di saat ini...sentiasa rasa ada kekurangan diri....dan sentiasa minta doa agar jauhkan dari sifat yang munafik..syaitan ni sentiasa cuba menyesatkan kita wlu apa jua keadaan...lagi kita mencuba untuk berubah...lagi kuat dia mencuba untuk sesatkan kita...dan yang paling akhir syaitan ni akan menggunakan orang yang terdekat yang boleh megucar kacirkan keadaan...Tapi yang paling bahaya ..lidah yang xdapat dikawal....percakapan...disebabkan mulut ni la bencana macam2 jadi...Imam Mahdi pernah berkata....Senjata yang paling tajam ialah lidah...Hairan sgh mcmana ngn orang yang suka menokok tambah percakapan sehingga terjadinya persepsi yang melampau2 yang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan...Memang sakit hati...tapi nilah dugaan sebagai hamba Allah yang x mempunyai apa2...Allah menduga kita sebab xmau kita terus sesat dan terus melakukan dosa yang berpanjangan tanpa kita sedari...

Bila cakap pasal persepsi ni...mmg la bahaya...xpasal2 dosa bertimbun disebabkan benda ni lah...di training sampai ada satu sesi pasal persepsi...kesannya amat dalam....sebab itu aku cuba untuk bersangka baik ngn sapa saja....kita ni hidup bukannya lama...jadi cubalah ubah sikap yang boleh membuatkan persengketaan kita sesama Islam..Memang sampai sekarang ada lagi belenggu dalam hati ni....persepsi sentiasa terjadi dlm diri...Aku sentiasa cepat2 buang...Kita cubalah kawal percakapan yang boleh menyinggung sapa saja...Penyampaian yang tidak sahih yang oleh menimbulkan persepsi jgn amik peduli....aku sentiasa muhasabah diri untuk lihat di mana salah aku bila jadi satu2 perkara...

Rasanya cukup takat ni....jumpa lagi di lain waktu..



Posted by naemahnajib at 10:35 PM 0 comments

Thursday, April 30, 2009

Proses Percubaaan

Posted by naemahnajib at 12:56 AM 0 comments
Salam...
Dah lama sangat x update blog...Dah pkl 11.30pm buka laptop...Dah x ngantuk lagi saja nak jengok kot2 byk yang tertinggal...bukan apa takut orang lain dah sampai kat Johor ...aku br kat Perak...dahla buta IT ...Orang lain entry dah bercambah...aku....boleh kira aku punya entry...Malam ni sja mencuba tukar template baru...Nak buat mcm orng lain x reti...cuma ikut instruction ja...Ni lah hasilnya...Nak cari tok guru nak ajar buat perubahan kat blog aku xdan...Teringin jgk buat yang lawa2...Mana tau ramai yang masuk blog aku,kalau la aku boh counter kat blog aku ni..rasanya berapa kerat ja yang masuk...Apapn....mata ni dah hampir tertutup....Sblm tertutup baik aku stop dulu...Akan cuba buat entry baru yang best sikit...
Assalamualaikum ...

Wednesday, April 15, 2009

Selamat Bertemu Kembali...

Posted by naemahnajib at 11:11 AM 0 comments

Sempat posting masa mewarna..

Asyik mewarna...tapi kena bagitau satu persatu nak kena warna yang mana,kaler apa


Punya excited...p la cari kaler tapi terkena ...nama brand ja sama...tapi dr segi kualiti
hampeh giler...x terang sgh



Senyum sorang diri...Apa yang lucu pn xtau la..
Mgkn dk harap hadiah dari awal...2 yang frust
bila xdapat...



Salam semua...

Rasa dah berhabuk dh blog ni...Terlalu lama biaq amik masa jgk buang debu2 kat blog ni...
Sampai otk pn dah tepu nk mengarang buat kawan2 semua...Actually mcm2 benda yang berlaku sepanjang 2bln ni...Nazrin ngn nasri accident ngn api..terlantar 3minggu kt hspital...So sekarang dk rmh la...Tidoq makan ja la....Hari depa keluaq malam 2 bini pngah cat meninggal...Banyak sgh yang jadi kat kg...Hari 2 jgk sebelah kedai a.gee,nama xingatla...kena strok...lumpuh sebelah...So kita yang sihat ni beringatla....Xkira umur,darjat atau apapn..Kalau nak kena ...akan kena jgk...Wallahualam..

Entry kali ni pasal Aisya...anak I yang sulung...Last week ada pertandingan mewarna kt tadika ...so awal pg dah bgn...semangat nk p mewarna...Dah smpai kt sekolah....Dah nk start...Kelam kabut la budak 2...Dah la bawa Dinie....Ngan nk handle tempat duduk Aisya..mengelabah la....Dah siap mewarna....Tunggu result....Bila dah habis panggil Aisya tanya napa dia xdapat hadiah...Dia kata dia warna cantik...So terangla kat dia ada orang warna lagi cantik...Dia nak jgk hadiah...Sebab ada byak hadiah kat atas pentas..Call Najib suruh terang kat dia...Dia xmau dgr...Dia nak jgk hadiah...At last kena p cari la hadiah untuk dia..Mulanya mmg xmau beli....Xmau nanti bila dia buat satu2 benda,mengharapkan balasan...Tapi masa 2 otak xblh fikir...ngn Dinie xmau dok...Akhirnya mengalah jgk...

Tuesday, March 17, 2009

Tolong doakan kesihatan untuk Nazrin n Nasri

Posted by naemahnajib at 11:16 AM 0 comments
Assalamualaikum...


Hari ni nazrin ngn nasri kena buat surgical kt anggota yang kena...so minta semua doakan keselamatan untuk mereka....dan terima kasih semua yang datang kt GH semalam n tgu smpai selesai...Nazrin dh keluar dr icu,awal pg td dr dh transfer dia ke wad biasa..ALhamdulillah...Aku bersyukur di atas pertolonganMu....Gambar depa 2 mgkn akan ada dlm 2 3 hari ni...Akan minta fifi masuk dlm blog...

Monday, February 23, 2009

Solat Para Sahabat Nabi...Subhanallah

Posted by naemahnajib at 11:48 AM 0 comments
Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.
Kisah 1:
Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.
Kisah 2:
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.
Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "an neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.
Dalam keadaan solat sekarang adakah aku layak bertemu ngn Allah dalam keadaan yang sempurna...aku sentiasa berdoa minta Allah ampunkan segala dosa aku...Minta Allah tetapkan iman aku..Minta Allah jauhkan aku dari sifat munafik..

Udang + Vitamin C = Racun (Wallahualam)

Posted by naemahnajib at 11:36 AM 2 comments
Hati-hati!!!

Udang + Vitamin C = Racun!

Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi...
Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah,masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), habis makan udang wanita itu terus minum Vitamin C, dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide(As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal,pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum/ambil Vitamin C pada satu masa yang sama.

Wallahualam...

Lir....Ilir...Sholawat Badar

Posted by naemahnajib at 11:14 AM 1 comments
Lir-ilir, lir-ilir
tandure wus sumilir
Tak ijo royo-royo
tak senggo temanten anyar
tak senggo temanten anyar

Bocah Angon, Bocah Angon
penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno
kanggo mbasuh dodotiro
kanggo mbasuh dodotiro

dodotiro, dodotiro
kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jrumatono
kanggo sebo mengko sore
kanggo sebo mengko sore

Mumpung padhang rembulane
mumpung jembar kalangane
Yo surak o… surak iyo


Penerangan psl lagu ni xbrapa pasti...takat yang paham lirik ni Wali Songo iaitu Wali Kalijaga pnya...Wali songo ni pn baru tau masa p mcb baru2 ni...Akan minta penerangan yang penuh kat abg kashah dulu... (a.kashah tlg sat)

Friday, February 20, 2009

Sabar

Posted by naemahnajib at 5:00 PM 9 comments
Salam 165

Niat hati ni untuk beri peluang semua adik beradik merasai apa yang dirasakan melalui training ESQ 165 ni..Tapi ada yang tidak berpuashati...Ya Allah..Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini...Dugaan ni cuma sebesar kuman aku dah rasa sedih yang teramat..Tapi Nabi kena lagi teruk..Dibaling najis ketika solat..di baling batu...di hina ...di maki...begitu teruk tapi beliau tetap menyebarkan agama Islam.Walaupun suami isteri ni x berpuashati ngn aku n family smpai nak bagitau wa suruh tegur aku ngn najib sbb terlalu taksub smpai abai anak2 aku...Minggu lepas kak liza suruh aku tanya kot la nak bg anak dia masuk...tapi aku xberani sbb aku tau dia mesti bangkang..tapi sbb idi xjadi p...aku kena cari sorang untuk ganti idi...ariffuddin srh aku tnya anak dia ni..at last aku srh arifuddin p tanya dah xdak sapa dah...jawapan yang terima mmg aku dah agak...dia bangkang la...selama ni aku xpernah kacau hidup dia ngn anak2 dia...Aku pn xtau apa yang dia xpuashati...Itulah manusia....hidup sendiri xmau muhasabah....yang nampak hanya kesalahan orang...Aku bukan taksub...Demi Allah...Aku cuma gembira ngn kehidupan aku sekarang ni...Selama ni hidup aku xdak makna apa..Aku lupa Tuhan...Solat seperti budak2 yang membaca suratkhabar..Yang xtau makna...Sentiasa mengeluh ngn nasib...Begitu byk kelemahan aku yang aku xsedar...Allah buka pintu hati aku melalui training ni...
Aku dapat sokongan dari suami aku..kak2 aku...abg2 ipar aku...adik2 aku...Aku xrasa aku buat salah...Salah kah untuk berubah...Aku nak buang segala sikap2 aku yang buruk..Aku ada family yang membantu aku...Aku anggap ini satu dugaan yang remeh...Aku cuba bersabar ngn situasi ini...Cuma jika beliau n isteri masih tidak berpuashati n masih mengganggu family aku...Aku terpaksa berjumpa untuk selesaikan masalah ni...Aku doa mudahan Allah buka pintu hati mereka..Amin...Tapi Alhamdulillah...Allah beri peluang segelintir saudara maraku yang lain attend training ni...Aku bersyukur sgt2...Buat sesiapa yang tidak berpaushati aku harap Allah dapat buka hati kalian...Mudahan...Dan sesiapa yang ingin merasa kebahagiaan ni hadirlah training ni....Insyaallah akan rasa perubahan....Kum Faanzir....Bangkitlah umat Nabi Muhammad sekelian....Keluarlah engkau dari selimut yang melalaikan ini...Dan yang terbaru Ozair dapat attend MCB baru2 ni bersama aku,najib,kliza,a.wan,klinda,A.sham,suri,pie...dan k.ani,a.amran,a.kashah,n kfiza jadi ATS...Terima kasih byk2...Aku rasa bahagia sgt2....Syukran Ya Allah...Syukran......

Subhanallah..Matahari yang terbit di Rusia

Posted by naemahnajib at 7:19 AM 0 comments














Salam 165...
Semalam ada terima someone dari alumni group....Seperti yang dimaklumkan fenomena ni jadi kat Russia...Wallahualam...Subhanallah..Menakjubkan...Allah lakukan apa yang Dia kehendaki...Tengok gambar ni rasa lain sangat...Allah dah beri macam2 petunjuk tapi sebagai hambaNya kita leka...Yakin pada Allah kita mampu buat apa yang kita mahu...Kalau keyakinan itu xdak atau kurang kita xdapat lakukan...Baru2 ni attend MCB kat Millenium....Ada satu sesi Pak Ary panggil 4 org perempuan ke depan...Diminta untuk patahkan sebatang pensel menggunakan jari...2 org dapat patahkan...tapi 2 org xdapat patahkan...Bila ditanya Pak Ary...adakah kau yakin...di jawab tidak..Pak Ary suruh takbir dgn kuat dan kau yakin ngn Allah...pensel dapat dipatahkan...MCB kali ni mmg kena kuat..2 hari xdapat dilupakan sepanjang hidup..Mmg nk buat entry khas masa p intermediate training MCB tapi xdapat buat sbb otk ni kena ada waktu yang betul2 sesuai...Mental masa di MCB mmg kena latu ckp2...Otak sentiasa berfikir..2 hari lps training sakit kepala xhlg...Pak Ary dalam usia yang muda Allah beri nikmat yang dapat di kongsi semua orang...Ya Allah Kau ampunkan hambaMu yang hina ini...Kau kuatkanlah iman ku ini..Dan Kau berilah kesihatan yang baik kepada Pak Ary,semua trainer dan sapa saja yang terlibat dalam ESQ ni untuk menyebarkan 165 Mu ini...Al Fatihah...


Thursday, February 12, 2009

Wudhuk Zahir dan Batin

Posted by naemahnajib at 12:45 PM 0 comments
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?
Hatim berkata,
"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
Dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
" Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Bila aku baca kisah ni aku rasa selama ni solat aku macam xdak erti apa.Kosong...Allah terima ka solat aku.Sebab tu aku nak sesapa yang baca blog aku yang x best ni kita kenang blk...Macamana selama ni kita berhadapan ngn Allah....

Saturday, February 7, 2009

As Syam

Posted by naemahnajib at 10:46 AM 0 comments
Salam 165

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengelilingi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Bulan bertasbih bertawaf mengelilingi bumi
Bumi bertasbih bertawaf mengelilingi matahari
Matahari bertawaf mengelilingi galaksi
Galaksi bertawaf mengelilingi arasy
Langit yang tujuh
Bulan,bumi semuanya bertasbih kepada Allah

Inilah janji bumi, janji langit, janji bulan apabila semua tetap di tempat masing2.
Tidak pernah mengingkari janji mereka kepada Allah.
Dan inilah surah As Syam..

Tuesday, February 3, 2009

Subhanallah

Posted by naemahnajib at 10:37 AM 0 comments

Salam 165



Dapat satu email terpegun sangat ngn sekeping gambar dalam masjid di salah satu masjid di Jakarta..Rasanya kita di Malaysia xjumpa lagi situasi macam dalam gambar ni...xnampak satu pun kokosongan,malah di ketiga2 tingkat masjid tersebut penuh...Mgkn ada org kata ada jgk yang kosong tapi saya dapat byk keping gambar dan kesemuanya di penuhi ngn umat2 Islam...

Rasa sebak sangat bila tgk pic ni...Teringat masa training di Summit baru2 ni...Masa total action participant berkesempatan membuat seperti ketika berada di Mekkah..Airmata mengalir terlalu laju bila diri ini rasa terlalu kerdil....Allahuakbar....


Saturday, January 31, 2009

Kisah Ranting Kayu

Posted by naemahnajib at 4:41 PM 0 comments
Salam 165


Ingin dikongsi bersama blogger yang lain...
Terpikat ngn salah satu hadis Nabi...
Dan harap semua kawan2 blogger ambil iktibar untuk kita semua...Insyaallah



Ketika Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat berada di padang pasir,Nabi menyuruh para sahabat mencari ranting kayu.Para sahabat masing2 berpandangan satu sama lain.
Kemudian mereka bertanya Nabi sekali lagi...Nabi menjawab carilah ranting kayu...Para sahabat hairan...Di padang pasir yang luas mana nak cari ranting sedangkan pokok pun x ada.
Kemudian para sahabat berkata kepada Nabi mana ada ranting di padang pasir.

Nabi berkata...begitulah perumpamaan dengan kita semua.....

Dosa yang kita lakukan tidak akan kelihatan.Tetapi bila kita berada di hadapan Allah di padang masyar nanti akan kelihatan lah dosa2 kita itu..Begitu lah ngan kehidupan kita sekarang...Kita seolah2 tidak menyedari apa yang kita lakukan.Tapi sebenarnya ia berhimpun tanpa kita sedari...Marilah kita sentiasa muhasabah diri kita agar kita x lalai....Sentiasa lah beristigfar...Insyaallah kita sedar ngn perbuatan yang kita lakukan.






P/S : Untuk semua alumni ESQ dan sapa saja yang baca blog ni minta tolong bacakan Al Fatihah untuk Pak Arief,semoga cepat sembuh agar dapat menyambung perjuangan menyebarkan 165.

Monday, January 26, 2009

Hari yang mengenyangkan

Posted by naemahnajib at 9:37 PM 1 comments
Salam 165...




Kelmarin aku n family berkumpul kat rumah klinda...Menu utama ialah SPAGETTI...Asalnya nk buat kat rmh aku...Tapi disebabkan omey nae & tasya kena admit icu semalam so we all decide mai kulim...Alih2 xblh p tgk omey...just mummy & daddy nya saja blh masuk.So terbantut la hajat nak ke sana nak melawat omey.Kami semua dok berkubang kat rumah klinda ja la.Aku sampai pn nk dekat pkl 12tghari.Kliza dah start masak dah.Tunggu siap ja.Aku plk xmkn dr pg lagi terus cari benda makan.tomyam yang klinda buat ada lagi apa lagi cergas la.Burrpp Alhamdulillah.Lps solat zohor mkn spagetti plk...Sedap sgh.Kmi bl berkumpul mcm2 story yang keluaq..ESQ mmg tajuk utama la.Di samping kisah2 palestin.Dari tghari sampai mlm kami dk bersembang psl kisah2 ni disamping laptop ni x off lgsg.Ada saja yang dibicarakan..Mmg best bl berkumpul mcmni.Alhamdulillah n bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah satukan kami sekeluarga di bawah 165 Nya.

Aku rasa gembira ngn kehidupan kami sekarang.Abang2 ipar aku sentiasa mengingatkan kami jika satu2 perkara terbabas.Terima kasih yang x terhingga kepada A.kashah,orang yang mula2 perkenalkan kami dengan ESQ 165.Terima kasih juga kerana dia n kak2 sanggup berhabis utk usahakan aku,adik2,ayah masuk training ni.Eh melalut sampai ke sini plk...Mudahan Allah dapt membalas jasanya.Bila dah seharian makan maka bl malamnya mengantuk awal la.

Pagi ni aku,najib a.sham qeja...so p dari sini la...xpyhla keluaq awal mcm slalu...Hari ni xbest la masing2 blk ke destinasi masing2.So Insyaallah berjumpa lagi lps ni.Mudah2an Allah memberkati kehidupan kami sekeluarga.Insyaallah.






Posted by naemah

Friday, January 23, 2009

Wallahualam...

Posted by naemahnajib at 1:37 PM 0 comments
Salam 165
SOLAT AKHIR WAKTU!!!
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya ?..
Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free" Sekatan tol tiada Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
Tapi Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya MasyaAllah?.
Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi?
penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka.. Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga
Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa
Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.
Amin.

Monday, January 19, 2009

Teens Angkatan Ke 4 MAIPP

Posted by naemahnajib at 4:39 PM 1 comments
Assalamualaikum...

Salam 165...


Sabtu ngn ahad baru2 ni berlangsungnya training ESQ Leadership Teens Angkatan ke 4...Masa p briefing hari jumaat malam,kemungkinan kali ini training yang paling ramai.Seramai 1132 orang yang berdaftar.Bimbang jgk la.Tapi ATS teens yang datang pn ramai.Alhamdulillah.Hari sabtu p lewat skt sbb kena p klg dulu.Pekerja sorang x mai.Kelam kabut sktla klu najib handle sorang.Dalam 11.45 baru aku sampai kat dewan.Peserta yang datang 960 orang.Masa mula ok jgk.Alhamdulillah bdk2 ni xbyk kerenah.Tapi ptg ja masing tunjuk belang.Tapi terkawal lagi.Hari sabtu utk training teens akan sambung semula lps maghrib.Untuk vision principle.


Lps hbs sesi ni smbg plk renungan 165 untuk alumni...Pak Aminul datang khas untuk renungan para alumni d penang...ramai yang hadir...Renungan ni untuk review blk apa yang kita dah buat...adakah kita melanggar janji kita dengan Allah setelah kita berjanji denganNya masa kita p training mula.

Ya Allah....Kau ampunkanlah dosa hambaMu yang hina ni...yang penuh ngn dosa...Kau janganlah biarkan hambaMu ini sesat dari jalanMu...Jangan biarkan hati ni berpaling dariMu setelah kau beri hidayah kepadaKu...

Renungan berakhir pkl 11lbh...pak Aminul sambung plk utk ATS...dan berakhir pkl 1.00pg...
Letih 2 xtaula....Esok kena awal plk...tapi kerana Allah aku buat semua ni...Mudahan Allah memberi rahmat kepada semua yang hadir...Amin...


Hari ke2 aku ada byk di luar,sembang ngn kak nor(LC staff).Dia punya story mmg sedih sgt...Tapi hidup dia lebih bermakna semenjak dia msk LC(ESQ Leadership Centre)...Kadang2 aku rs sedih,takut,bl mengenangkan kehidupan aku berbanding ngn orang lain...Kesibukan aku d kilang menyebabkan masa untuk diri sendiri...anak2...suami dan yang paling penting Allah terbatas...Aku rs tertekan ngn kerja aku sendiri....Aku rs takut sangat jika Allah ambil nyawa aku dalam masa yang terdekat..Macamna kehidupan aku "di sana" nanti...Hutang yang melimpah ruah...Ya Allah Kau bantulah hambaMu ini...Didikan aku untuk anak2 terlalu terbatas.Aku hanya mampu menangis dan berdoa mudahan Allah mudahkan pekerjaan aku murahkan rezekiku.

Bila lihat remaja yang berada dlm dewn aku lg takut..para trainer berusaha menyedarkan mereka tapi ada segelintir masih mahu berseronok dengan duniawi.Ada yang boleh tidoq kt bilik atas ketika training berlangsung.selepas katarsis pn masih mcm 2 jgk...Sebelum bersurai remaja lelaki bersikap biadap dengan membaling selipar yang disediakan ngn kain disediakan untuk lapik ke atas semasa dr azman(Org kuat PUZ),En Faris,Kak Yam,Pak Firdaus dll di hadapan..Itulah remaja sekarang yang perlu kita bimbangkan...Macamana Malaysia boleh berjaya jika begini sikap mereka.

Mudahan Allah beri pettunjuk kepada kita semua..Insyaallah...

Monday, January 12, 2009

Hari yang membahagiakan...

Posted by naemahnajib at 3:44 PM 1 comments
Dua hari lepas aku ,najib,kliza,a.wan,suri ngn pie jadi ATS(Alumni Training Support) untuk MAIPP angkatan ke 6.Kali ni makndak(merangkap mak mentua aku),maknjang,wa nisah,zakiah,knurizah n a.amir antara participant yang hadir(Alhamdulillah depa dapat p walaupn dah penuh).Alhamdulillah...training kali ni ok jgk walupun kelam kabut sebab dewan penuh ngn peserta pmpuan...Laki 5 blok ja tp pompuan ada 15blok..Cuak jgk..mana daknya ATS kurang plk kali nie wlupn Penang mpunyai ATS yang paling ramai...Maklumla sekolah dah mula..Mak pak ATS yang sekolah ada yang xbagi involve dah.ATS plk majoriti d kalangan teens.Kena plk kali ni ada jgk makcik yang dah berumur...So ramai la yang kerap p tandas.Trainer kali ni Pak Arief Rahman ngn Pak Rudy dibantu oleh Muhaidin.Pak Arief slalu yg turun penang...Hari pertama ok la sbb sesi dia ok skt ja....xla letih...hbs pn maghrib dah...klu ikut Pak Arief nk smbg lps maghrib...tp ntah mcmana xjd plk...mgkn adult ni pyh skt...wlupn ada yg tidoq kat milenium....klu teens mmg trainer slalu smbg lps maghrib...so....blk pn dh lewt mlm...nasib baik anak2 dok rmh k.ani nizar...terima kasih k.ani,shidah,ida n waridah coz bersusah payah menjaga aisya n dinie...Semoga Allah membalas jasa kalian...Amin....

Hari kedua mmg mencabar skt sbb sesi agak tough...Ketenangan berada dlm dewan mmg xdpt digambarkan.Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya berada d sana...Untuk pengetahuan semua...Dewan Milenium dah lama xdak function dr mana2 organisasi pn...MPSP dah x sanggup nak buat maintenance...Kesian...dahulunya semua buat kt situ...tapi sekarang mcm dah xdak apa...Alhamdulillah...En Fariz byk berjasa dlm hal nie...bl toilet tersumbat dia jgk yg cr org tlg fix kan....Boleh kata dia keluaq byk utk dewan 2 ngn ESQ penang...Hanya Allah yg membalas jasanya...Lari topik plk...xpa kan...untuk jelaskan serba sedikit apa yang berlaku...hehehe...Brbalik psl training nie...hari kedua mmg memerlukan mental yang tinggi..So ATS ni byk qeja la skt....Nak terang pasal sesi x blh...kena p baru tau.....Masa lunch dapat berita yang amat menggembirakan....Ada 3 org chinese akan convert....Rasa bahagia sgt....Terharu sgt..
Ada sorang 2 dh mengucap dah...tapi sendiri dia ja...xdak saksi....dia p PERKIM xdak maklum balas...dia p jabatan agama Islam...kaunseling 2 jam tapi pegawai xdapat bg jawapan yang memuaskan untuk dia...Tapi bila dia mai Training ESQ kali nie...terjawab semua soalan yg dia harapkan...Subhanallah....
Dah hbs lunch ms nak masuk dewan Lina(salah seorang ATs jg mualaf,majoriti ATs kt penang mualaf)mai peluk aku...sambil nangis...Rupanya 3 org chinese br ja selesai mengucapkan Syahadah ms Zohor td ... Allahuakbar...Perasaan ni hanya Allah yang tahu...betapa indahnya Islam...Tapi ramai yang xdapat merasainya...Kebanyakan orang sekarang Islam ni hanyalah agama warisan ja....x mempraktikkan apa yang sepatutnya dilakukan...Aku dulu adalah tergolong dlam golongan 2...inilah kenyataan...solat tunggang langgang....xamik berat lgsg...tapi kesedaran 2 dpat ms p training angkatan ke3 ...Alhamdulillah...Allah masih sayangkan hambaNya yang hina ni..Training MAIPP angkatan Ke6 berakhir....memori yg akan terpahat sampai bl2 Insyaallah..Sealamat datang buat Mak,Maknjang,Wa,Zakiah,K.Nurizah n A.Amir ke keluarga ESQ...Mudah2an blh mai recharge slalu untuk mendekatkan kita dengan Allah SWT...
Lps ni akan ada Training ESQ MAIPP Teens angkatan ke 4 xsilap....Kemungkinan aku jd ATS jgk...tapi untuk teens ni just jadi pemerhati ja....Untuk Alumni ESQ...30,31 Jan,1 Feb 2009 ni akan ada training public kat tingkat 4 Summit Hotel kat BM...blh mai recharge....Hati 2 mmg nk jadi ATS...tapi kena tgu panggilan...klu xdak 2 xdak la...(kliza pnya semangat siap booking blk dah kot la dpat jd ats....)

Wednesday, January 7, 2009

Aisya

Posted by naemahnajib at 9:54 AM 0 comments
 

Smile And Happy! Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez