Wednesday, December 24, 2008

Ambil Iktibar..

Posted by naemahnajib at 12:07 PM 0 comments


Pada suatu malam yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya bulan dan cahaya bintang terdapat seekor burung hantu yang sedang berehat di atas dahan pokok.

Terdapat 2 ekor tikus mondok bergerak dibawah pokok itu secara senyap-senyap.“Kamu!!!” kata burung hantu.

“Siapa???!!!” soal kembali kedua tikus mondok itu sebagai respon.Mereka kini dalam keadaan yang sangat terkejut dan takut.

Bagi mereka, adalah mustahil bagi sesiapa untuk melihat dalam keadaan gelap gelita seperti itu.“Kamu berdua!” burung hantu itu berkata.Kedua tikus mondok itu terus berlari secepat mungkin dari situ dan mula menyebarkan berita bahawa burung hantu adalah binatang yang paling hebat dan paling bijak di dunia kerana dapat melihat pada waktu malam yang gelap gelita.

“Saya akan uji burung hantu itu dulu..” kata seekor burung layang-layang yang bijak.Burung layang-layang pun pergi untuk menemui burung hantu pada keesokan malamnya yang juga gelap gelita dan memulakan sessi soal jawab dari jauh.

“Berapa helai rumput sedang aku pegang di paruhku ini?” tanya burung layang-layang.
“Dua!” jawab burung hantu dan itulah adalah jawapan yang betul pun.Setelah beberapa soalan yang lebih kurang sama ditanyakan kepada burung hantu dan burung hantu menjawab kesemuanya dengan mudah dan spontan.

Maka burung layang-layang kembali semula ke tempat perhimpunan binatang-binatang di situ pada keesokan harinya dan melaporkan mengenai pengalaman yang dilaluinya pada malam sebelumnya.

“Burung hantu sangat hebat! Dia boleh melihat dalam gelap, tidak tidur sepanjang malam dan dapat menjawab semua soalan dengan tepat!” kata burung layang-layang yang memang terkenal dengan kepintarannya di kalangan binatang-binatang di situ.

“Dia adalah binatang paling hebat dan paling pintar di dunia!” sambung burung layang-layang lagi.
“Bolehkah dia melihat pada waktu siang juga?” soal seekor serigala dengan muka serius.
“Tentulah boleh!” jawab arnab dan kambing.

Bolehkah dia melihat pada waktu siang juga?!?” Semua binatang yang ada di situ ketawa besar berdekah-dekah terhadap soalan bodoh yang ditanya oleh serigala.

Mereka memutuskan pada hari itu untuk menghukum semua serigala di situ supaya dibuang negeri untuk 3 bulan atas kebodohan mereka.

Keesokannya mereka memutuskan untuk menghantar burung layang-layang untuk bertemu dengan burung hantu dan menawarkan kepadanya tawaran untuk menjadi ketua kepada semua binatang-binatang yang ada di hutan itu.

Burung hantu bersetuju dan semua binatang berkumpul pada waktu tengahari itu untuk menyaksikan upacara perlantikan kuasa burung hantu sebagai ketua kepada semua binatang.Pada waktu tengaharinya itu, burung hantu tiba hanya dengan berjalan kaki, ini memberikan satu persepsi tentang bertapa pentingnya burung hantu itu.
Matanya yang besar pula menandakan kehebatannya mengawal dan mengawasi dalam semua keadaan.

“Dialah Tuhan!” jerit seekor ayam jantan setelah merasa kagum dan gementar dengan karisma si burung hantu.
“Dialah Tuhan!!” jerit semua binatang lain mengikut seruan ayam jantan itu tadi.Maka semua binatang pun mengikut burung hantu beramai-ramai sebagai tanda taat setia mereka kepada ‘Tuhan’ yang baru mereka lantik itu.
Mereka mengikutnya secara membabi buta, apabila burung hantu terlanggar sesuatu, mereka juga akan melanggar objek itu.
Apabila burung hantu tersebut melanggar pokok dengan sengaja, mereka semua pun turut mengikut jejak langkah burung hantu tersebut melanggar pokok.
Mereka mula menafsirkan setiap tindakan burung hantu itu sebagai sesuatu yang mempunyai hikmah dan mesej yang tersirat.

Akhirnya, mereka sampai ke jalan lebuhraya yang bertar dan semua binatang ini mengikut jejak burung hantu yang berjalan di tengah-tengah lebuhraya itu.

Kini, helang yang bertugas sebagai pengawal dari udara bagi rombongan ini turun ke bawah dengan tergesa-gesa dan memberitahu burung layang-layang bahawa terdapat sebuah lori besar sedang bergerak menuju ke arah mereka.

Burung layang-layang pula melaporkan “Tuanku, terdapat bahaya di hadapan!” bisik burung layang-layang kepada burung hantu.
“Bahaya???” kata burung hantu dengan nada angkuh kerana tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh burung layang-layang.
“Tuanku tidak takut ke?” tanya burung layang-layang lagi.
“Siapa?” tanya burung hantu dengan tenang kerana dia tidak dapat melihat lori besar yang sedang bergerak dihadapannya itu. (Sebenarnya, burung hantu tidak dapat melihat pada siang hari.)

“Dialah Tuhan!!!!!!! !!!” teriak semua binatang yang mengikut burung hantu sehinggalah ke saat mereka ramai-ramai dilanggar oleh lori besar itu.
Kebanyakan daripada mereka telah mati termasuk burung hantu, kecuali beberapa binatang yang hanya cedera parah.Ingin mengetahui kebenaran di sebalik cerita ini?

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
karena dia melihat dirinya serba cukup.
Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali (mu).
(Surah Al Alaq)

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi,
lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?
Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(Surah Al Haj )

Tuesday, December 23, 2008

Manusia...Malaikat......Syaitan...

Posted by naemahnajib at 10:42 PM 0 comments
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz



Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ....



Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..S
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?



Manusia - Azan sudah kedengaran.. ...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.



Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..



Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...



Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?



Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali
(kalau sempatla)



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah..
berpalinglah dr jalan itu...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
di akhirat...(jgn mimpilah)

Monday, December 22, 2008

Posted by naemahnajib at 12:07 AM 0 comments
Hari ni...maksud aku tgh malam ...hehehe...tgh malam tp dk tegak dpn laptop lg....masih xpuas create blog lg....amie...nk minta maaf lg sbb xtersengaja delete hasil kerja amie...malam ni dh ada futsal kt safira lg...br ja kemaqin lawan...lawan lg ....2 xpaushati kalah la 2....kononnya nk tebus kekalahan kemarin..tdk nk p la dh aisya ngn dinie nk ikut...tp dinie tidoq xckp hr ni so batal ja niat....aisya ja ikut....2 yg ada masa nk update blog bru ni...untuk malam ni ja ni post yg ke3....tp satu post dh hlg sbb server down...ni dk try jgk...wlupun xtau ok lg ka dk...

Sunday, December 21, 2008

Dugaan

Posted by naemahnajib at 9:40 PM 1 comments
Semalam sempat update blog psl cucu pak lid lawan futsal...alih2 bukak mlm semalam mcmana ntahboleh terdelete blog...byk kenangan yang ada kt blog lama 2...hasil nukilan amie...yg pro dlm buat blog ni...Allah duga mgkn ada kesilapan yg x disedari..mgkn aku ada mengabaikan tanggungjawab aku pada keluargaku...dan yg paling teruk pada yang Satu..Tapi aku bersyukur sekurang2nya aku sedar awal...ni la blog yg 100% hasil nukilan aku wlupn byk kekurangannya...banyak yg aku xtau lg...Rasanya aku la paling teruk dlm create blog ni...maklumla masih ciwi dok pakai laptop ni..Xpala yg penting usaha aku membuat blog aku sendiri...Sekian wassalam....
 

Smile And Happy! Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez