Monday, February 23, 2009

Solat Para Sahabat Nabi...Subhanallah

Posted by naemahnajib at 11:48 AM 0 comments
Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.
Kisah 1:
Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.
Kisah 2:
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.
Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "an neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.
Dalam keadaan solat sekarang adakah aku layak bertemu ngn Allah dalam keadaan yang sempurna...aku sentiasa berdoa minta Allah ampunkan segala dosa aku...Minta Allah tetapkan iman aku..Minta Allah jauhkan aku dari sifat munafik..

Udang + Vitamin C = Racun (Wallahualam)

Posted by naemahnajib at 11:36 AM 2 comments
Hati-hati!!!

Udang + Vitamin C = Racun!

Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi...
Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah,masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), habis makan udang wanita itu terus minum Vitamin C, dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide(As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal,pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum/ambil Vitamin C pada satu masa yang sama.

Wallahualam...

Lir....Ilir...Sholawat Badar

Posted by naemahnajib at 11:14 AM 1 comments
Lir-ilir, lir-ilir
tandure wus sumilir
Tak ijo royo-royo
tak senggo temanten anyar
tak senggo temanten anyar

Bocah Angon, Bocah Angon
penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno
kanggo mbasuh dodotiro
kanggo mbasuh dodotiro

dodotiro, dodotiro
kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jrumatono
kanggo sebo mengko sore
kanggo sebo mengko sore

Mumpung padhang rembulane
mumpung jembar kalangane
Yo surak o… surak iyo


Penerangan psl lagu ni xbrapa pasti...takat yang paham lirik ni Wali Songo iaitu Wali Kalijaga pnya...Wali songo ni pn baru tau masa p mcb baru2 ni...Akan minta penerangan yang penuh kat abg kashah dulu... (a.kashah tlg sat)

Friday, February 20, 2009

Sabar

Posted by naemahnajib at 5:00 PM 9 comments
Salam 165

Niat hati ni untuk beri peluang semua adik beradik merasai apa yang dirasakan melalui training ESQ 165 ni..Tapi ada yang tidak berpuashati...Ya Allah..Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini...Dugaan ni cuma sebesar kuman aku dah rasa sedih yang teramat..Tapi Nabi kena lagi teruk..Dibaling najis ketika solat..di baling batu...di hina ...di maki...begitu teruk tapi beliau tetap menyebarkan agama Islam.Walaupun suami isteri ni x berpuashati ngn aku n family smpai nak bagitau wa suruh tegur aku ngn najib sbb terlalu taksub smpai abai anak2 aku...Minggu lepas kak liza suruh aku tanya kot la nak bg anak dia masuk...tapi aku xberani sbb aku tau dia mesti bangkang..tapi sbb idi xjadi p...aku kena cari sorang untuk ganti idi...ariffuddin srh aku tnya anak dia ni..at last aku srh arifuddin p tanya dah xdak sapa dah...jawapan yang terima mmg aku dah agak...dia bangkang la...selama ni aku xpernah kacau hidup dia ngn anak2 dia...Aku pn xtau apa yang dia xpuashati...Itulah manusia....hidup sendiri xmau muhasabah....yang nampak hanya kesalahan orang...Aku bukan taksub...Demi Allah...Aku cuma gembira ngn kehidupan aku sekarang ni...Selama ni hidup aku xdak makna apa..Aku lupa Tuhan...Solat seperti budak2 yang membaca suratkhabar..Yang xtau makna...Sentiasa mengeluh ngn nasib...Begitu byk kelemahan aku yang aku xsedar...Allah buka pintu hati aku melalui training ni...
Aku dapat sokongan dari suami aku..kak2 aku...abg2 ipar aku...adik2 aku...Aku xrasa aku buat salah...Salah kah untuk berubah...Aku nak buang segala sikap2 aku yang buruk..Aku ada family yang membantu aku...Aku anggap ini satu dugaan yang remeh...Aku cuba bersabar ngn situasi ini...Cuma jika beliau n isteri masih tidak berpuashati n masih mengganggu family aku...Aku terpaksa berjumpa untuk selesaikan masalah ni...Aku doa mudahan Allah buka pintu hati mereka..Amin...Tapi Alhamdulillah...Allah beri peluang segelintir saudara maraku yang lain attend training ni...Aku bersyukur sgt2...Buat sesiapa yang tidak berpaushati aku harap Allah dapat buka hati kalian...Mudahan...Dan sesiapa yang ingin merasa kebahagiaan ni hadirlah training ni....Insyaallah akan rasa perubahan....Kum Faanzir....Bangkitlah umat Nabi Muhammad sekelian....Keluarlah engkau dari selimut yang melalaikan ini...Dan yang terbaru Ozair dapat attend MCB baru2 ni bersama aku,najib,kliza,a.wan,klinda,A.sham,suri,pie...dan k.ani,a.amran,a.kashah,n kfiza jadi ATS...Terima kasih byk2...Aku rasa bahagia sgt2....Syukran Ya Allah...Syukran......

Subhanallah..Matahari yang terbit di Rusia

Posted by naemahnajib at 7:19 AM 0 comments














Salam 165...
Semalam ada terima someone dari alumni group....Seperti yang dimaklumkan fenomena ni jadi kat Russia...Wallahualam...Subhanallah..Menakjubkan...Allah lakukan apa yang Dia kehendaki...Tengok gambar ni rasa lain sangat...Allah dah beri macam2 petunjuk tapi sebagai hambaNya kita leka...Yakin pada Allah kita mampu buat apa yang kita mahu...Kalau keyakinan itu xdak atau kurang kita xdapat lakukan...Baru2 ni attend MCB kat Millenium....Ada satu sesi Pak Ary panggil 4 org perempuan ke depan...Diminta untuk patahkan sebatang pensel menggunakan jari...2 org dapat patahkan...tapi 2 org xdapat patahkan...Bila ditanya Pak Ary...adakah kau yakin...di jawab tidak..Pak Ary suruh takbir dgn kuat dan kau yakin ngn Allah...pensel dapat dipatahkan...MCB kali ni mmg kena kuat..2 hari xdapat dilupakan sepanjang hidup..Mmg nk buat entry khas masa p intermediate training MCB tapi xdapat buat sbb otk ni kena ada waktu yang betul2 sesuai...Mental masa di MCB mmg kena latu ckp2...Otak sentiasa berfikir..2 hari lps training sakit kepala xhlg...Pak Ary dalam usia yang muda Allah beri nikmat yang dapat di kongsi semua orang...Ya Allah Kau ampunkan hambaMu yang hina ini...Kau kuatkanlah iman ku ini..Dan Kau berilah kesihatan yang baik kepada Pak Ary,semua trainer dan sapa saja yang terlibat dalam ESQ ni untuk menyebarkan 165 Mu ini...Al Fatihah...


Thursday, February 12, 2009

Wudhuk Zahir dan Batin

Posted by naemahnajib at 12:45 PM 0 comments
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?
Hatim berkata,
"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
Dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
" Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Bila aku baca kisah ni aku rasa selama ni solat aku macam xdak erti apa.Kosong...Allah terima ka solat aku.Sebab tu aku nak sesapa yang baca blog aku yang x best ni kita kenang blk...Macamana selama ni kita berhadapan ngn Allah....

Saturday, February 7, 2009

As Syam

Posted by naemahnajib at 10:46 AM 0 comments
Salam 165

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengelilingi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Bulan bertasbih bertawaf mengelilingi bumi
Bumi bertasbih bertawaf mengelilingi matahari
Matahari bertawaf mengelilingi galaksi
Galaksi bertawaf mengelilingi arasy
Langit yang tujuh
Bulan,bumi semuanya bertasbih kepada Allah

Inilah janji bumi, janji langit, janji bulan apabila semua tetap di tempat masing2.
Tidak pernah mengingkari janji mereka kepada Allah.
Dan inilah surah As Syam..

Tuesday, February 3, 2009

Subhanallah

Posted by naemahnajib at 10:37 AM 0 comments

Salam 165



Dapat satu email terpegun sangat ngn sekeping gambar dalam masjid di salah satu masjid di Jakarta..Rasanya kita di Malaysia xjumpa lagi situasi macam dalam gambar ni...xnampak satu pun kokosongan,malah di ketiga2 tingkat masjid tersebut penuh...Mgkn ada org kata ada jgk yang kosong tapi saya dapat byk keping gambar dan kesemuanya di penuhi ngn umat2 Islam...

Rasa sebak sangat bila tgk pic ni...Teringat masa training di Summit baru2 ni...Masa total action participant berkesempatan membuat seperti ketika berada di Mekkah..Airmata mengalir terlalu laju bila diri ini rasa terlalu kerdil....Allahuakbar....


 

Smile And Happy! Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez